Usaha ke arah perpaduan dan mengekalkan perpaduan .
USAHA KE ARAH PERPADUAN
Kerajaan berusaha untuk menyatukan
hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan
politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang
gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum.Selain itu juga
Integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara
dapat disalurkan kepada memajukan negara .Selaras dengan harapan pemimpin
negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.Sebagai
sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap
penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan
rakyat di negara .
Dalam bidang ekonomi pula ketidaksamarataan telah mewujudkan
jurang yang sangat besar antara kaum dan etnik dan ia menjadi penghalang kepada
integrasi dan perpaduan kaum serta etnik. Lantaran itu kerajaan telah
mewujudkan usahawan-usahawan Melayu dengan cara memberi bantuan, pinjaman
,lessen dan kontrak pekerjaan.Di samping itu juga agensi kerajaan seperti
PERNAS,MARA dan UDA turut membantu orang Melayu dengan aktif terutama dalam
bidang perniagaan agar matlamat Dasar Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan juga mengalakkan
kaum bumiputera membeli saham tajaan kerajaan seperti MARA dan PNB. Tidak
ketinggalan juga kerajaan telah membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA ,
KEJORA , KESEDAR dan FELCRA unbtuk mermbangunkan kedudukan ekonomi dan sosial
kaum bumiputera.
Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan
pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada
masyarakat Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini
untuk golongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan bantuan kerajaan.
Di samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik kepada
infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan kemahiran.
Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam
pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian tanah
serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok membolehkan mereka
menikmati pendapatan yang lebih lumayan.
Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian pelbagai kaum dan etnik telah dilakukan semenjak merdeka lagi terutama dalam bidang pendidikan .Kurikulum pendidikan juga telah diubahsuai bagi pengenalan kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Negara kita. Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan agama juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa dana tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada sekolah mubaligh .Ia adalah bertujuan memupuk hubungan antara kaum dan etnik, supaya kaum-kaum lain yang terdapat di Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan.
1. Menganjurkan majlis rumah terbuka
Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html
Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html
Semasa kerajaan
mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat negara Malaysia
yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi.
Mereka menghadirkan diri dan berhubung dengan satu sama lain dengan
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang.
Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan
antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung
kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah “bersatu teguh, bercerai
roboh”. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti
kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam
setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html
Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html
1. Menganjurkan majlis
rumah terbuka
Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat negara
Malaysia yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen
yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan berhubung dengan satu sama
lain dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar
belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat
memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan
negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah
“bersatu teguh, bercerai roboh”. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk
melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil
bahagian dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html
Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html
Comments
Post a Comment